Wednesday, 31 October 2012

cara buat cursor misai haha

            Assalamualaikum

Kali ini , nea nak teach korang macam mana nakk letak cursor misai dalam blog korang tuh .  , mcm nes guna sekarang ni
nes kongsi kat korang ye . Btw ,  ,nk amik? free je (pomote sat ! kuikui)

 Ok . berbalik pada cursor misai . Meh na ajar ~ :)


 1.Log in > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript


2. Copy kod kat bawah and paste di ruangan hmtl/javascript itu.


<style>body {cursor:url(URL CURSOR), url(URL CURSOR), auto;} </style><a href="LINK BLOG KORANG" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>


*Warna Merah : Letak URL yang tersedia di bawah ni . Pilih warna korang suka!
*Warna purple : Letak Link Blog korang ..



 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-UGmgK4U9MwjZjQpd61m3Lg5i3mzMFoNEAtanvxqU2qL7JinEHTeBSWvJq4Tf3C8pfgkpSIDDkSmyCWQoPAOm1Pv3vzoydAo8Kz3WoZJwcMNxSGVc-RwMhOXftlPzBK0pgpA3lJp44Jw/s1600/bluemustache-LyssaSecret.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJLnA6AJuH6uFTvWhiupG6a0Kv3TG2kXkwni3HQnhlB5PwTMmv_pS4Xxdf7K23pJwQFSZp9Gj8wxuaJMxHZyyAN2dy28_qlBT-QYRvrV7PJM8v1rpEy9zFfvOfP8FjQAhRx_CGVkwhZmM/s1600/blackmustache-LyssaSecret.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw9QEkMB8Og57N1p197iMbrbOpIn4JiJoE3gshlOl0MY9ImyXW1BD5A-q1vvm7yQ56zHn3iCaLTHKtRC7ODFl73qItKBbUoiXF9qhhtz_sgzCSzIGt8UM0j5G5o3EmtliyEopZBP5QQoM/s1600/whitemustache-LyssaSecret.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsH5S2NzIKfNZPOyo3VrAwLcottxHEIICBaO0f2a5WqJVFezXU7QmIdi5WsZcxRRtjCDBGEiqysjrW66bGbl26XguQT1cRWStUXUx6mkRWF3kxq9GpX9O-MJj2BbGh8jf9UkWJaq9S6-I/s1600/pinkmustache-LyssaSecret.png

Dah siap , SAVE ! Selamat mencuba :)

Tuesday, 30 October 2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


NAK TAHU FREEBIES doodle ! HAHA . MEH MAO AJAR, nes manalah PRO sangat buat doodle-dodol ni . Tak se-PRO Fizgraphic Raja Dodol tu . hahahh~

Tapi , kalau ada yang suka doodle dari nes, ambik je lahh . heh . 
Ikhlas nes buat untuk followers blog ni . Ikut korang lah nak buat apa dengan doodle ni erkk  . Buat header untuk permulaan pun boleh . hihi . *Sorry if burokk :P










Kalau suka , ambik lah . hihi . jangan malu malu jangan segan segan , peace =.=v

Monday, 29 October 2012

Kecelaruan Personaliti

Assalamualaikum.
Kecelaruan personaliti (split personality) atau  disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
 
Pertama: Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik
 
1.Kecelaruan Paranoid - memaparkan tingkah laku ganjil seperti mengesyaki org lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dalam membentuk hubungan emosi yg baik dengan orang lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yang tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak banyak mengadakan hubungan peribadi yg bermakna, mengelak diri drp berinteraksi, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .



4.
Kecelaruan personaliti pengelakkan - satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu. 



Terdapat banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya ialah :

- Faktor biologi -  genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.
 
- Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.
 
- Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalamann ini akan menyebabkan satu trauma psikologi yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula

posisi tidur mu

Assalamualaikum.
Tidur ialah keadaan rehat yang dialami oleh setiap manusia. Posisi tidur pula ada keadaan semasa kita tidur. Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu hendak tidur ditempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis diatas jelas menerangkan bahawa kita diarahkan untuk tidur mengiring ke kanan. Terdapat beberapa posisi tidur yang lain iaitu :

Tidur Terlentang 
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.  Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
 
Tidur menelentang

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatutnya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
assalamualaikum..hari nie nes nk ajar korang ni... buat kuar salji love.. cntik taw...

add gadjet+ copy kat html korang... tahu kan??

ok ni link dye :- amik2....cepat kang kena kebas ore..haha

<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=48 height=631 style='position:absolute; left:85%; top:5px; width:15; height:631px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=22 height=655 style='position:absolute; left:9%; top:171px; width:15; height:655px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=49 height=659 style='position:absolute; left:80%; top:61px; width:15; height:659px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=5 scrolldelay=47 height=629 style='position:absolute; left:34%; top:61px; width:15; height:629px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=13 height=584 style='position:absolute; left:12%; top:126px; width:15; height:584px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=6 height=689 style='position:absolute; left:48%; top:171px; width:15; height:689px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=19 height=666 style='position:absolute; left:23%; top:139px; width:15; height:666px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=9 height=619 style='position:absolute; left:40%; top:90px; width:15; height:619px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=16 height=592 style='position:absolute; left:52%; top:180px; width:15; height:592px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=23 height=695 style='position:absolute; left:10%; top:1px; width:15; height:695px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=50 height=532 style='position:absolute; left:66%; top:1px; width:15; height:532px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=27 height=662 style='position:absolute; left:8%; top:7px; width:15; height:662px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=42 height=649 style='position:absolute; left:33%; top:173px; width:15; height:649px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=43 height=555 style='position:absolute; left:92%; top:197px; width:15; height:555px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=35 height=568 style='position:absolute; left:87%; top:185px; width:15; height:568px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=14 height=659 style='position:absolute; left:89%; top:46px; width:15; height:659px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=6 height=685 style='position:absolute; left:29%; top:0px; width:15; height:685px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=30 height=619 style='position:absolute; left:29%; top:108px; width:15; height:619px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=45 height=530 style='position:absolute; left:38%; top:45px; width:15; height:530px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee> <marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=5 scrolldelay=38 height=572 style='position:absolute; left:73%; top:129px; width:15; height:572px;'><img src="http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif" border="0" /></marquee>

klu dah jadi.. komen la..nk tgok^^

kod lagu htm..pada sapa yang nk..bole amik ni

<div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://ghucy.info/fullmusik/malay/22.6%20farique_nadzir_-_hanya_aku_cinta_kau_seorang(www.fullmusik.net).swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="Farique nadzir - hanya aku cinta kau seorang@fullmusik" width="180" height="60"></embed></div>

dasbord+add gatget then letak kat html k...
nes xnk guna..sapa nak amik la^^

Sunday, 28 October 2012

Aku,Dia Dan Kamu Sebagai Sahabat?


Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."


Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya
Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?

DI MANA LETAKNYA KASIH SAYANG KU?



Dua mata sering melihat. tapi mulut hanya mampu berdiam .. hanya mampu tersenyum merasakan keperitan di hati yang orang lain tidak ketahui, termasuk family ku. Dua mata ini menjadi saksi.
Di harijadi kakak dan adik ku… mereka gembira kerana selalu mendapat apa yang mereka mahu dari ibuku. tp aku hanya mampu menahan air mata.Dua mata ini melarikan diri berjauhan lalu menitis dan hanya mampu esoknya hari itu akan dia miliki.. tapi hanya satu harapan yang tak akan terjadi…
Dua mata ini selalu merahsiakan soal hatinya yang tidak pernah ingin berkongsi cerita kepada orang lain kerana biar hatinya di sakiti.. tapi jangan orang lain terjebak dengan situasinya.  senyuman itu akhirnya menjadi derita. Biar ia di simpan dan di kunci. Di sebab itu ia selalu memikirkan dirinya.. bila waktu itu akan berakhir..
Kata-kata semangat di dalam hatinya,membuat dirinya sentiasa berdikari sendiri tanpa belas kasihan sesiapa.. kata-kata itu selalu bermain di minda.. alangkah bagusnya jika mereka tahu.. tapi berdiam itu lebih baik dari diriku ini berkata-kata… esok dan hari semakin hari, hati ku sepi bagaikan diri ini menahan rasa sedih di hati.. tak terbayang dengan kerenah ia.. di marah memang diri ini telah terbiasa dan selalu membuat diri ini terasa celaru di minda,bagaikan orang yang hilang arah.. mencari “SIAPA AKU”…
“Ya allah kenapa kau tidak mengambil aku kembali kepada mu”kata-kata ini selalu bermain di minda..
Kerana aku tidak rela hidup sebegini..hanya berpura-pura dengan gelak ketawa. Kenapa hati ku ini tidak pernah mengucap yang aku sedih dengan sejujurnya.. mungkin cara ini dapat melihat orang lain turut gembira. Dua mata selalu mencari ketenangan, hanya mampu melelapkan mata melupakan segala kesedihan yang melanda jiwa… hanya mampu berkata
Dua tangan dirinya selalu mencari bahan yang boleh di buat kenangan kepada mereka yang pernah menyanyanginya.. seperti satu tanda  “KITA TETAP KAWAN HINGGA AKHIR NAFAS KU”
Akhir sekali, ku hanya ingin mereka tahu..
Apapun yang akan terjadi kepada aku satu hari nanty…
Jangan kau menangis akan pemergianku..
Kerana.. yang aku mahu “ingatlah daku dalam doamu”
Agar kau tahu “aku amat menyanyangi mu ibu dan ayah ku <3
Anakmu ini tetap akan gembira walau kehendak yang ia mahukan tidak pernah kesampaian..
Sayangku tidak akan pernah hilang.. untuk ibu dan ayah ku,,
KAWAN? “kau sahabat ku kegembiraan yang tidak pernah hilang”
Kau member ku gelak ketawa dan senyuman yang berpanjangan.. kau lah semangat aku untuk aku terus berjuang mencapai cita-cita ku…
TERIMA KASIH KERANA PERNAH MENJADI SAHABAT KU..

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.

3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?
Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.
Kurang keyakinan diri
Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, “Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!”. Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?
Jika anda kata, “Ya!”, bagus! Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap “Tidak!”, sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata “Ya!” dan yakin cakap diri anda cantik.
Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek dan memalukan diri anda.
Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata “Ya!” walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. “Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape?”
Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.