Assalamualaikum.
Tidur ialah keadaan rehat yang dialami
oleh setiap manusia. Posisi tidur pula ada keadaan semasa kita tidur.
Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a. Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda :
"Apabila kamu hendak tidur ditempat
pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat.
Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu". Riwayat Bukhari
dan Muslim.
Hadis diatas jelas menerangkan bahawa
kita diarahkan untuk tidur mengiring ke kanan. Terdapat beberapa posisi
tidur yang lain iaitu :
Tidur Terlentang
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu
dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda
memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Tidur menelentang akan menyebabkan
pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang
disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatutnya hidung yang bernafas
kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk
dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan
seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan
keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok
kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih
besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan
mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah
tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan
kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru
kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.
Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut
akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk
mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa
makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5
hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala
orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8
jam bagi proses yang sama.
No comments:
Post a Comment